19 March 2012

Menjadi Alien Itu Bergaya Tahu..?

[Kredit]

Ketika orang lain memilih kerja yang menjanjikan gaji besar dan kedudukan yang tinggi, saya memilih kerjaya yang memudahkan saya untuk berdakwah, berbulatan gembira dan bersama ikhwah seperjuangan.

Tatkala orang lain memilih untuk menghabiskan hujung minggu bersama keluarga, berlibur dan bergembira di taman-taman rekreasi atau kompleks beli-belah, saya memilih untuk menghadiri konferens riang bersama ikhwah tersayang.

Ketika orang lain memilih untuk menghabiskan duit gaji mereka membeli baju baru, kasut berkilat, jam tangan berjenama dan entah apa-apa lagi aksesori diri, saya memilih untuk menggunakan duit gaji saya untuk kegunaan dakwah dan tarbiyah. 

Tatkala orang lain merasakan tidak salah bergaul mesra sesama lelaki dan wanita, malah menggalakkannya pula kerana alah tidak koolah kalau tidak mempunyai rakan-rakan rapat berlainan jantina! Err. Saya memilih untuk menjaga kehormatan diri dan menunggu dengan penuh sabar apa yang halal untuk saya.

Ketika orang lain merasa geli-geleman untuk makan bertalam, salam berlaga-laga pipi dan bertepuk-tampar riang gembira sesama jantina, saya memandang ke hadapan, tidak sabar-sabar untuk melakukannya kerana dapat merasakan betapa basahnya ukhuwwah fillah itu. 

Tatkala orang lain menghabiskan masa-masa lapang mereka dengan menonton wayang, bermain game entah bermacam jenis dan rupa serta berseronok berfoya-foya dengan dunia, saya cuba memenuhkan masa yang ada dengan ingatan kepadaNya, dengan alunan ayat-ayat chentaNya dan apa-apa sahaja aktiviti yang menjadikan saya lebih dekat kepadaNya.

Ketika orang lain merasakan betapa singkatnya usia di dunia maka dunia dan segala isinya adalah segala-galanya, saya katakan kepada mereka ini, "Hidup hanya sekali; mengapa mahu sia-siakannya dengan dunia yang fantasi sedangkan sorga yang abadi sedang menanti?" 

Tatkla orang lain merasakan bahawa Islam itu mengongkong mereka dan mereka perlu diberikan kebebasan mutlak sesuai dengan kehendak dan kemahuan mereka, saya katakan kepada mereka ini; "Hidup hanya sekali; mengapa mahu bazirkannya dengan menjadi hamba yang ingkar dan derhaka kepadaNya..?"

Ketika orang lain merasakan dakwah itu hanya kerja dan profesion ustaz dan ustazah sahaja, tatkala mereka merasakan tugas dakwah itu tidaklah menjadi tanggungjawab mereka dan dakwah itu kolot dan jumud, saya memilih dakwah sebagai cara hidup saya kerana saya adalah dakwah dan dakwah adalah saya!

Dan semua ini gara-gara sepotong hadith:

"Islam akan datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
[Hadith Riwayat Muslim]

Ya Allah, sekiranya inilah harga yang perlu aku bayar untuk menjadi asing, maka aku rela untuk membayarnya. Aku rela untuk terus berada dalam jual-beli ini. Kerana aku mahu terus menjadi asing!

Anda ingin bersama-sama saya menjadi alien di planet yang asing ini..?

-gabbana-

Alhamdulillah, selamat berjaulah ke Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lepas. Tidak tergambar keseronokan berjaulah bersama ikhwah terchenta untuk menziarahi ikhwah di sana!

Jazakumullahu khairan katheera kepada ikhwah Pulau Mutiara yang sudi menerima kami seadanya dan melayan kami dengan layanan kelas pertama pula! Semoga tautan ukhuwwah yang terjalin akan kekal hingga ke sorga! Biidznillah.

Dan.. Err.. Nasi kandaq Hameediyah, char koay teow longkang dan beriani telangkup Kapitan memang terbaaaeekkk! Wahahahaha.. 

9 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 19/03/2012, 12:13  

Ana kerja sbg engineer ya banyak sgt travel skrg ni, rasa mcm tak cukup hari je stp bulan, ana rasa anak usrah ana dah terbiar sgt, ana pon x tau nak susun macam mana, so bg adik-adik yang lain, hope check dulu corak kerja tu, before accept sesuatu kerja, harap doa dari semua untuk ana dapat tukar profesyen kerja ana. Jzkk

Anonymous 19/03/2012, 12:48  

STUJU!! Biarlah jual beli ini menjadi jual beli paling unggul di dunia..dan melakar sejarah dalam kalangan penduduk bumi dan juga penghuni langit!

p/s : sebagai seorang OCD (hikhik)...anta sepatutnya aware..eja Pulau Mutiara salah..;P

Anonymous 19/03/2012, 13:23  

smuga tsabat akhi..
teruskan menjentik hati2 yg kekeringan..

to anony d atas : hoho, mgkin Inche Gabbana ada sejuta mcm kerja n masalah umat utk difikirkan selain drpd mengedit post yg typo.. =p
gurau2... aman ..

Qazfashop 19/03/2012, 13:32  

love this entry...=)..very nice

Anonymous 19/03/2012, 19:06  

seriously, sgt cemburukan masa2 anda utk dnt!

masih di ofis....


-diriku pegawai kanan-

mascot adik-adikku 20/03/2012, 00:58  

tak sesuai nama char kuey teow longkang tu..why would anyone eat longkang?

tiada kebebasan hakiki dlm dunia ni

-hidupku cintaku matiku hanya untuk ilahi-

Inche gabbana 20/03/2012, 10:46  

mascot adik-adikku: Errr.. nama tu bukan sy yg bagi. mmg dikenali sebegitu. boleh try tanya org penang (pulau). rasanya diorang tahu..

mutiara bd 20/03/2012, 23:11  

char koay teow "longkang" ???

hana szied 21/03/2012, 15:52  

i love this. kta harus keluar dan menjadi luar dariapda kebiasaan :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP