5 March 2012

Ikhwah Mandul

Biar pon seorang, dakwah ini mesti diteruskan! Ayo! [Kredit]

Garu kepala.

Inche gabbana ni memang sengaja cari pasal en..? Tiada tajuk lain yang lebih sopan dan menggambarkan adab-adab ketimuran kah..? Apa dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka itu sudah tiada perkataan lain yang boleh digunakan..?

Anda mendengus sambil mencekak pinggang, ala-ala Nonya Mansoor dalam filem klasik Ibu Mertuaku. 

Err.. Perkataan lain..? Mati pucuk mungkin..? Wahahahaha.. 

Sabar dahulu anda. Anda ni, macam tak biasa pula dengan setail saya menulis. Wahai sungguh kechiwa. 

Saya tidak berminat untuk memperkatakan tentang penyakit yang dihidapi oleh kaum lelaki itu. Pertamanya, kerana saya tiada kepakaran dalam bidang itu. Keduanya, saya sumpah tidak ada selera untuk berbincang tentang hal itu. Fulsetop.

Yang ingin saya bicarakan di sini adalah ke'mandulan' ikwah dalam menghasilkan 'anak-anak' bulatan gembira yang seterusnya akan melahirkan 'cucu-cucu' bulatan gembira pula. Ya, itulah kemandulan bagi seorang akh* di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini. Itulah penyakit besar yang boleh menyerang seorang akh, selain penyakit-penyakit lain seperti penyakit hati dan penyakit syok sendiri.

*Atau ukht, tetapi untuk memudahkan penulisan, saya hanya akan merujuk pada akh atau ikhwah sahaja. Akhawat sila terasa juga.. Wahahaha..

Mengapakah ia dianggap sebagai suatu penyakit besar..? Masalah besarkah kalau tidak mempunyai hadek bulatan gembira sendiri? Satu krisis ummahkah jika tidak dapat menghasilkan produk-produk berjaya yang boleh menghasilkan produk-produk yang berjaya juga..? Sila jawab Inche gabbana sekian terima kasih, atau tidak kami akan saman anda heyyy!

Gulp. Sabar sabar.

Ya benar, sememangnya ikhwah mandul ini adalah satu penyakit besar dan kronik. Kalau boleh, nak tulis bala bencana besar, tapi macam terlalu kasar pula. Hohoho...

Kerana penerusan dakwah dan tarbiyah itu bergantung kepada mutarabbi a.k.a. hadek bulatan gembira, yang berupaya untuk melahirkan lebih ramai barisan pelapis dan pewaris dakwah. Mereka inilah yang sepatutnya menyambung rantaian dakwah yang sudah dimulakan sejak zaman ar-Rasul SAW lagi. Kita akhirnya akan mati; mereka inilah yang sewajarnya meneruskan salasilah perjuangan kita nanti.

Tanpa pelapis dan pewaris dakwah, maka akan matilah perjuangan yang diteruskan sejak beribu tahun ini!

Murabbi yang berjaya adalah si dia yang boleh melahirkan seorang murabbi pula! [Kredit]

Hekele Inche gabbana. Kecohlah. Kalau sorang dua yang tak bawak bulatan gembira, yang tiada hadek untuk dimanja, alahai, takkanlah dah mati dakwah dan tarbiyah Inche gabbana oii..?? Tensen btollah!

Erk. Anda ni memang dilahirkan daripada spesis yang emokah..?

Ada benarnya di situ. Tetapi seandainya setiap orang berfikiran kolot dan jumud seperti anda itu, yang bermentaliti kelas ketiga macam anda, percaya dan yakinlah, suatu hari nanti pasti akan tamatlah riwayat dakwah dan tarbiyah ini..! 

Dan menjadi kerisauan apabila inilah yang sedang berlaku sekarang ini di banyak tempat, termasuk di beberapa buah negara atas angin, apabila sudah kedengaran bahawa kepupusan generasi pelapis sedang berlaku dengan rancaknya. Yang lebih menggarukan kepala dan hidung adalah, masalah ini berlaku di tengah-tengah kebanjiran mad'u yang tidak putus-putus. Masalah ini berlaku tatkala semakin ramai di luar sana yang menginginkan bulatan gembira, ketika semakin ramai yang sudah bangkit dari lena mereka bahawa Islam itu perlu ditegakkan semula. Jadi, apa kejadahkah semua ini..?? Angkat kening sebelah.

Bayangkan begini. Anda terbang ke luar negara menyambung pelajaran. Di sana, anda disentuh dengan Pak Cik Tarbiyah dan Mak Cik Hidayah, sehingga mengakibatkan mata anda bersinar-sinar penuh dengan semangat untuk bersama-sama dengan gelombang perubahan. Anda berazam untuk bersama-sama dengan pasukan Suria Perkasa Hitam di kawasan anda untuk memperjuangkan Islam yang terchenta.

Masuk tahun kedua, azam dan semangat anda entah ke mana. Anda mula disibukkan dengan tugasan universiti. Anda masih berdakwah (kononnya) dalam konteks kaca mata anda sendiri. Anda yang sepatutnya sudah membawa bulatan gembira, menganggap itu tidak penting kerana ruang lingkup dakwah, kata anda, lebih besar daripada hanya berbulatan gembira. Kalau ada pon bulatan gembira, anda acuh tak acuh sahaja membawanya. Cukuplah sekadar mulakan dengan al-Fatihah, makan-makan, gelak ketawa, berbincang sedikit isu-isu yang 'Islamik'  dan kemudiannya kita tangguhkan dengan tasbih kafarah dan sural al-'Asr. Choyy.

Masuk tahun ketiga, andalah senior di kawasan anda. Abang-abang dan kakak-kakak di atas anda semuanya sudah pulang ke Malaysia. Anda masih dengan mentaliti kelas ketiga anda itu; tidak perlulah berbulatan gembira bagai. Tidak perlu diadakan konferens riang itu dan konferens meriah ini. Menghabiskan duit dan masa sahaja! Tapi perlu diadakan majlis besar-besaran itu dan acara gilang-gemilang ini, untuk ditunjukkan kepada dunia yang dakwah di tempat anda sudah berjaya! Aduhai.

Akhirnya anda tamat pengajian dan perlu pulang ke Malaysia. Dan apa yang anda tinggalkan di tempat anda belajar..? Memori-memori indah dan manis? Resipi untuk menghasilkan lompat tikam dan kuih seri muka? Trofi dan anugerah yang menangi di universiti kerana menyertai pertandingan galah panjang dan batu seremban..? Apa legasi yang anda tinggalkan..?? Tiga tahun di sana, tiga tahun mendapat sentuhan dakwah dan tarbiyah dan anda tidak meninggalkan apa-apa buah tangan untuk generasi masa hadapan..?? Anda seriyes hampagas cap ayam serama.

(Kisah di atas juga boleh diaplikasikan kepada anda yang belajar dalam negara. Alang-alang kepalang, biar rentung dan hangus sama-sama. Wahahaha..)

Punyalah penting pewaris dakwah dan keturunan para dua't ini sehingga Allah menukilkannya di dalam surah al-Kauthar, sebagai ingatan dan motivasi kepada ar-Rasul SAW da generasi selepasnya.

"Sungguh Kami telah memberimu nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhamu dan berkorbanlah. Sungguh, orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus."
[al-Kauthar, 108:1-3]

Para mufassirin berpendapat bahawa ayat-ayat ini diturunkan sebagai celaan kepada orang-orang kafir Quraisy yang mengejek dan memperolok-olokkan Nabi SAW yang tidak mempunyai anak lelaki. Sangka mereka, tanpa seorang anak lelaki, maka akan tamatlah riwayat dakwah dan perjuangan baginda.

Tetapi terbukti sudah sehingga ke hari ini, risalah yang dibawa oleh baginda SAW berkembang subur dan membiak dengan begitu pantas dan rancak sekali. Orang-orang kafir itulah yang terputus, kerana legasi kekejian dan kesyaitonirojiman mereka tidak disambung oleh sesiapa pon. Ada ke kat dunia ni yang berbangga dengan "Ohoi! Aku ini keturunan Abu Jahal tahu...??" atau "Korang tahu tak, dahulu waktu Nabi berdiri di Bukit Safa memanggil seluruh kaumnya, tok moyang aku si Abu Lahab itulah yang memarahi dan mencela baginda! Bangga siottt!" Err.. Peluh kecil. 

Sedangkan tidak terkira ramainya manusia di luar sana yang mahu mengaku merekalah pewaris perjuangan Nabi SAW. Begitu ramai di luar sana yang menyahut seruan dakwah yang dimulakan baginda. Belum lagi dikira yang berebut-rebut mahu mengaku bahawa mereka mempunyai pertalian darah secara terus dengan Muhammad ibn Abdullah itu! Wahai.

Namun yang lebih utama, tiga ayat surah al-Kauthar itu menjelaskan kepada kita tentang kepentingan untuk mempunyai keturunan dakwah dan salasilah tarbiyah. Ayat-ayat tersebut meyakinkan kita bahawa tidak boleh tidak, kita mesti dan wajar melahirkan generasi pelapis yang akan meneruskan dan mewarisi perjuangan dakwah dan tarbiyah kita.

Kerana sesungguhnya, dakwah dan tarbiyah, tanpa dua't dan murabbi yang mahu menjunjung risalah-risalah perjuangan yang sedia ada, hanya akan tinggal sebagai perkataan dan konsep, juga teks-teks dalam buku-buku kuning mahupon Pustaka Buku Putih Kita. Eh. Dakwah dan tarbiyah itu hanya bernilai dan mahal harganya, apabila ada manusia di luar sana yang sudi mengorbankan jiwa, harta, nyawa, masa dan perasannya untuk menyentuh hati-hati di luar sana. Apa makna dakwah tanpa dai'e yang mahu memperjuangkannya? Apa erti tarbiyah tanpa murabbi yang mahu menunjukkan jalannya..??

"Katakanlah, 'Inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan penuh yakin! Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang Musyrik.'"
[Yusuf, 12:108]

Dan yang lebih menakutkan dan mengerikan dengan semua ini, seandainya kita sengaja 'memandulkan' diri, tidak bersungguh-sungguh dalam mencari para pelapis dakwah yang boleh menyambung tugas-tugas kita, malas dan culas dalam mencari dan membina hadek-hadek bulatan gembira kerana dirasakan begitu leceh dan mengambil masa kita dan kita tidak merasai kepentingan untuk melahirkan mereka yang boleh mewarisi dakwah dan tarbiyah ini, bukan sahaja kita ini zalim lagi kejam kerana bermain-main dan tidak seriyes dengan perjuangan ini, Allah juga akan menggantikan kita dengan mereka yang sanggup dan beriltizam dengan amanah ini!

Kerana hakikatnya, dakwah ini memerlukan pelapis dan pewaris. Allah tidak akan membiarkan manhaj dan risalahNya yang suci lagi agung ini mati dan terkubur sia-sia begitu sahaja. Tidak mungkin. Dan inilah hakikat agama ini; ia bukan agama ajaib, bukan ajaran Albus Dumbledore dan bukan juga agama Doraemon. Ia adalah agama yang sesuai dan menepati fitrah manusia itu sendiri. Jika tiada siapa yang mahu mengangkat dan menjulang tinggi perjuangan agama ini, maka sampai bila-bila pon ia tidak akan tertegak semula.

Maka pilihan di tangan kita; sama ada kita mahu menjadi seorang akh yang mandul, yang tidak melahirkan manusia-manusia yang boleh menyambung tugas-tugas Syahadatul Haq ini.. Atau kita mahu menjadi seorang akh yang subur lagi sihat dan kuat, yang terus-menerus mencari, membina dan melahirkan insan-insan rabbani yang tidak kenal erti putus-asa, kechiwa mahupon gundah-gulana dengan jalan yang sumpah panjang ini.

Bagaimana itu wahai Inche gabbana..? Bagaimana untuk menjadi seorang akh yang sihat dan gagah perkasa di atas jalan dakwah ini..?

Yang pasti penyakit ikhwah mandul ini tidal boleh dirawat dengan ubat-ubatan; Viagra mahupon kopi tongkat ali gelas besar. *koff koff tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak bawah lapanbelas tahun koff koff* Ia tidak juga boleh dirawat dengan membaca buku fikrah semata-mata, atau menghadiri ceramah itu dan konferens riang ini. Tidak.

Ia perlu dirawat dengan kefahaman yang benar tentang tabiat dan sifat jalan ini. Ia perlu diubati dengan gerak kerja yang asli, tanpa dipengaruhi dan dikotori oleh unsur-unsur yang merosakkan dan mengelirukan. Dan yang lebih utama, penawar penyakit ini yang paling berkesan adalah dengan hati yang ikhlas dan yang benar-benar mahu berubah, bebas daripada ego dan kepentingan diri sendiri. 

"Ya Tuhanku! Anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.

 Maka beri khabar gembira kepadanya, dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail)."
[as-Saffaat, 338:100]

Sebagai penutup, ayuh kita hayati doa Nabi Ibrahim a.s. kepada Allah seperti di atas, yang menginginkan seorang zuriat peyambung keturunannya. Untuk apa..? Tidak lain dan tidak bukan, supaya kelak ada yang akan menyambung perjuangannya untuk menyebarluaskan risalah Allah di muka bumi ini. Terbukti, daripada keturunan Nabi Ismail, lahir pula junjungan besar kita, Muhammad SAW selaku penutup bagi segala Rasul dan Nabi, seorang pejuang tegar yang amat wajar dihargai, kerana dakwah dan tarbiyah yang dibawanya itulah, kita boleh mengaku sebagai seorang Muslim dan Mukmin pada hari ini. 

Hanya mereka yang sudah ber'anak' dan ber'cucu' sahaja yang benar-benar dapat menghargai nikmatnya jalan dakwah ini! [Kredit]

Akhirnya, seorang akh yang benar itu adalah seorang dai'e dan murabbi. Dan seorang dai'e dan murabbi yang benar itu, pastilah meninggalkan pewaris dan keturunan yang tidak putus-putus untuk meneruskan perjuangan yang suci lagi agung ini..!

-gabbana-

12 Caci Maki Puji Muji:

cipansakti yang pandai menaip 05/03/2012, 19:34  

assalamu'alaikum wbt.

inche gabbana yang bijak lagi bergaya,

boleh tak inche buat satu post yang menerangkan dengan jelas tentang jenis/bentuk karat-karat jahiliyyah yang inche selalu cakap tu?

bukan apa, kadang-kadang pakai bahasa bunga-bunga chenta ni orang tak paham dan takleh tangkap sangat.

lagi-lagi la seorang cipan jadi-jadian seperti saya yang hidup sebatang kara nun jauh di benua antartika ni, yang setiap haripun hanyalah mampu mengadap salji-salji putih sahaja.

kadang-kadang saya confuse gak, err apekah boleh ataupun tidak kalau sekali-sekala saya hendak merasa daging penguin panggang?*

*translation: sebagai contoh, org yang dulunya suka tgk wayang. lepas tu dia tetibe terinsap en dah tak tengok wayang lg dah. tapi nak tinggalkan terus habit tgk muvi yang dah ibarat makan nasik setiap hari tu tentulah susah kan? maka apakah ada alternatif untuk penyakit-penyakit seperti ini? kalau tengok muvi yang bertemakan islamik sikit-sikitpun dikira sebagai jahiliyyah jugakah?

(bukan ape, hari tu saya tgk inche gabbana pun ada je share pasal iklan pasal apa entah, tak islamikpun, tapi iklan tu ada mesej yang baik. sila jgn marah ye~)

inche gabbana, plis share ur idea hokeh. walaupun saya ini seorang cipan sakti, namun sekali-sekali saya ada juga mengalami krisis identiti samada saya ini adalah seorang beruang panda ataupun seorang cipan sebenarnya?

huh. stres. (=_=")

sekian, wassalam. jzkk!

chihiroitusiapasiapaaja 05/03/2012, 21:09  

salam wbt IG,

Pertama, sy konfius sbb sy tak rasa sy ada pesan penampar kiri dan kanan dr blog ini. terasa ditampar berkali-kali pula. terima kasih daun kesum.



Kedua, suka sy kuot perenggan ini:

Ia perlu dirawat dengan kefahaman yang benar tentang tabiat dan sifat jalan ini. Ia perlu diubati dengan gerak kerja yang asli, tanpa dipengaruhi dan dikotori oleh unsur-unsur yang merosakkan dan mengelirukan. Dan yang lebih utama, penawar penyakit ini yang paling berkesan adalah dengan hati yang ikhlas dan yang benar-benar mahu berubah, bebas daripada ego dan kepentingan diri sendiri.

'unsur-unsur yg merosakkan dan mengelirukan' itu bagaimana ya? jd keliru pula. mohon penjelasan yg nampak lebih jelas di mata hati sang lampi ini.

jazakallah khayr in advan.

transgender barbie 06/03/2012, 04:12  

mandul exist for reason

aku bukan dia 06/03/2012, 08:31  

salam abang besar al-gucciyy,

lama sudah tidak ketemuan.
saya sangat suka bingkasan idea tuan ghabbana.tapi banyak sangat mengarutnya la.
membuatkan saya benci.
saya ulang, benci!berpaling ke kiri mengerutkan dagu yang ayu.

jzkk

Inche gabbana 07/03/2012, 15:24  

cipansakti: huhu.. mmg mencabar soklan anda tu.

dalam al-Quran, allah sebut ada 7 jenis jahiliyyah (kalau tak silap, lupa bwk nota, dah lupa..huhu..). Antaranya perhiasan jahiliyyah (tabarruj), sangkaan jahiliyyah (dzan) dan sebagainya..

kiranya, jahiliyyah ni adalah benda2 yg kiat buat sehari-hari pon. cuma the thin line yg membezakan antara jahiliyyah dan bukan jahiliyyah, ha, yg itu yg kita nak tahu tu.

kalau tanya saya, jahiliyyah tu terjadi apabila benda yg kita buat tu, menjadikan kita jauh dan lupa pada Allah. so kalau kita tgk satu movie tu, kita semakin dekat dan rapat dgn allah, rasanya ok la kot..

tp mcm sgt susah la, nak justify, tgk cite X-Men dan rasa semakin dekat ngan Allah. atua main DOTA atau burung2 yg marah, dan rasa lebih khusyu' mengingatiNya. Hohoho..

macam tu secara ringkas, panduan ntok mengenali jahiliyyah.

allahu a'lam. maaf kalau tak menjawab persoalan anda.

Inche gabbana 07/03/2012, 15:31  

chihiroitusiapasiapaaja: hahaha.. saya suka komen anda. LIKE! ;)

uhm begini.

dalam dakwah, kita nak cari metod dan kaedah yg paling assolah (asli) sekali. so dalam usaha kita nak cari yg assolah, ada je la dugaan2 dan mehnah yg menyebabkan yg benar dan haq tu seolah-olahnya kabur2. ujian2 yg cuba ntok mengelirukan kita.

contoh, kita tahu dan yakin yg bulatan gmebira tu adalah nukleus dan asas kepada pergerakan dan perjuangan kita ni, sbb ia adalah platform terbaik dan paling muntij ntok membentuk individu2 muslim. setuju..?

tiba2 ada org gi claim pulak yg di zaman moden ni, bulatan gembira tidaak lagi dieprlukan, sbb dah tak valid, jumud, bla bla bla..

tak ke mengelirukan tu..? dan byk la lagi cth2 yg lain.

so cane kita nak elakkan daripada terkeliru dan tidak dipengaruhi oleh unsur2 yg merosakkan ni..?

hati kita kena ikhlas buat kerja2 ni. dan bersungguh-sungguh. dan sentiasalah bersama-sama org yg ikhlas juga, yg tiada kepentingan diri.. iAllah Allah akan tunjukkan jalan. ;)

allahu a'lam. harap menjawab.

chihiroitusiapasiapaaja 08/03/2012, 15:45  

salam wbt IG,

ye, setuju.

aah, keliru.

amiin. insyaallah, mari terus berusaha..

jazakallah khayr, alhamdulillah nampak lebih jelas drpd sebelumnya.
semoga Allah redha~

seri kembangan vs sirna kuncup 10/03/2012, 17:05  

Jazakallahu khayra..

sy nak pinjam perasaan chihiroitusiapasiapaaja; terasa seperti ditampar2.

sedikit ilmu & kbolehan migel2 dgn org, ppl around me said "awk ptut bawak hadek2 bulatan", tapi sy rse belum ckup nk komit lg. cemane tu?

musykil. musykil.

Anonymous 11/03/2012, 01:36  

saya adalah mantan pelajar luar negara, 4 tahun di sana, sentiasa mengikuti bulatan gembira dan konferens riang, bergembira berukhuwwah oyeah2 olala olala.

malangnya sy rasa sy mandul, xde anak dan xde cucu. bila blk mesia, rasa segannnn yang teramat sbb xreti langsung nk bawa bulatan gembira dan sewaktu dgnnya.

eh, kata ahli persatuan I yang gah di luar negara? bagi tazkirah pun xreti? bawa bulatan gembira pun xreti? pengsann

tp itu hakikatnya. saya taknak tercicir dari jalan dakwah ni, tp konpidentialiti nk memimpin tu memang x ader.

mcm mana tu en gabbana..

Anonymous 13/03/2012, 14:45  

daripada bab 2 maalim fi tariq, generasi al-quran yang unik mengatakan bahawa para sahabat tidak pernah teragak2 utk melaksanakan apa yang disuruh... kita mungkin fikir byk sgt kut... just do it. then bole citer from there...

bantu inche gabbana jawabkn..

Anonymous 14/03/2012, 00:21  

encik G,
nak tanye mcam mana ek kalo lokaliti tuh xrmai mad'u ..mula2 berjaya bawak bulatan gembira.. tapi bile dah tbf.. bile banyak sangat bulatan gembira mereka.. mereka decide untuk membubarkan bulatan gembira dengan saya.. dan semua lak tu.. xde mad'u lain.. ya Allah sedihnya.. mcam mane ni xde pelapis..

Anonymous 15/05/2012, 22:54  

dalam Quran yang ana tahu ada 4 jahiliyyah

33:33
5:50
3:154
48:26

wallahu'alam

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP