1 April 2012

Anda Bertanya, al-Quran Menjawab

[Kredit]

Soalan: "Saya tak mampu nak tanggung beban dakwah ni. Terlalu berat! Saya rasa saya bukanlah orang yang paling layak. Bagaimana ni..?"

Jawapan:

"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang sesuai dengan kemampuannya. Dia (manusia) akan mendapat pahala menurut apa yang dia usahakan dan akan mendapat seksa menurut apa yang lakukan..."
[al-Baqarah, 2:286]


Soalan: "Dahulu saya sering sukses dalam pelajaran saya; saya tak belajar sangat pon senang je nak score! Memang terasa sangat keberkatan pada pelajaran tu. Sekarang ni tak lagi. Selalu gagal dan dimarahi oleh pensyarah. Allah dah tak sayang saya ke..??"

Jawapan:

"Maka perihal manusia itu apabila Tuhannya menguji dengan kemuliaan serta diberikan nikmat, maka dia akan berkata, 'Tuhanku telah memuliakan aku.'

Tetapi apabila Dia mengujinya dengan menyempitkan rezeki, maka dia berkata, 'Tuhanku telah menghinakanku!'

Sekali-kali tidak!.."
[al-Fajr, 89:15-17]


Soalan: "Hati selalu rasa tak tenang. Dah macam-macam aku buat. Aku dah jumpa pakar psikiatri. Aku dah baca buku-buku motivasi. Aku dah cuba menjalani terapi gembira. Semuanya tak jadi! Apa kena dengan aku ni..??"

Jawapan: 

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang."
[ar-Ra'ad, 13:28]


Soalan: "Ish takkan kena skema sangat kot..? Islam kan fleksibel? Takkanlah tak boleh nak suka-suka, enjoy-enjoy sekali-sekala? Ala, solat, puasa, bayar zakat.. Semua tu aku buat! So kenalah give and take en..?"

Jawapan:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya! Dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syiatan itu musuh yang nyata bagi kamu."
[al-Baqarah, 2:208]


Soalan: "Kalaulah betul Islam ni agama yang benar, kenapa Allah tak nak tolong umat ni..? Kenapa umat Islam di seluruh dunia kena tindas? Kenapa Islam selalu kena pijak-pijak..? Bilanya yang Allah nak bagi kemenangan pada Islam..??"

Jawapan:

"Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) sepertimana yang dialami oleh orang-orang sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan, kecelakaan dan digoncangkan mereka sehingga Rasul dan orang yang beriman berkata, 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat."
[al-Baqarah, 2:214]

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri."
[ar:Ra'ad, 13:11]


Soalan: "Saya dah usaha dah, doa pon dah, tawakkal pon dah. Dah macam-macam saya buat; DF dah, muayasyah dah, ziarah dah. Gigih! Tapi hadek-hadek masih tak mahu join bulatan gembira saya. Pening pening. Bagaimana ni..??"

Jawapan:

 "...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."
[at-Talaq, 65:2-3]

"Dan orang-orang yang berjihad (untuk mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
[al-Ankabut, 29:69]


Soalan: "Penat la buat dakwah ni. Hasilnya tak nampak jugak. Bukan apa, kalau terus-menerus macam ni, siapa yang tak rasa down dan frust kan..? Bagaimana ni..?"

Jawapan:

"Dan katakanlah: 'Bekerjalah kamu, Allah akan memerhatikan pekerjaan kamu, dan (begitu juga) RasulNya dan orang yang beriman (turut memerhatikan). Dan kamu akan dikembalikan kepada Yang Maha Mengetahui terhadap perkara yang ghaib dan nyata, lalu Dia akan menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
 [at-Taubah, 9:105]

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Tuhan kami adalah Allah," dan kemudian mereka beristiqamah, tidak ada kerisauan mahupun kesedihan dalam diri mereka."
[al-Ahqaf, 46:13]


Soalan: "Perlu ke buat dakwah secara berjemaah ni..? Kenapa tak boleh nak buat sorang-sorang..? Bukan nanti kubur masing-masing ke..?"

Jawapan:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam saf-saf yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
[as-Saff, 61:4]

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersiap-siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) secara berkelompok atau majulah bersama-sama (serentak)."
[an-Nisa', 4:71] 


Soalan: "Susah la nak buat dakwah pada family... Dah macam-macam cara yang aku buat, tapi tak dapat-dapat jugak nak sentuh hati mereka. Orang lain senang je nak ikut, tapi family sendiri, orang yang paling aku sayang, tak nak ikut. Air mata mengalir. Macam mana ni..??"

Jawapan: 

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]


Soalan: "Bro, gua nak tanya lu. Kalau betullah semua benda Allah ada sebut dalam al-Quran, cuba lu bagitau gua, dalam Quran tu ada tak Allah sebut pasal cara-cara nak buat teh tarik kaw-kaw baeeekkk punyaaa...? Ada ke derr..? Ahahaha."

Jawapan: Ada, siapa kata takde..??

"...Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) sekiranya kamu tidak mengetahui."
[an-Nahl, 16:43]


Dalam kes ni, kalau nak tahu cara-cara buat teh tarik kaw-kaw baeeekkk punyaaa, bertanyalah kepada Inche mamak! Wahahaha..

Dan banyaaaaakk lagi jawapan kepada soalan-soalan anda ada di dalam kitab suci agung al-Quran.

Tapi.. Err... Macam mana nak terjawab kalau tak baca Quran dalam tempat yang pertama en..? 

Sniff sniff. Eh, ada benda yang terbakar ke..?

-gabbana-

Islam itu indah dan mengindahkan. Kitalah yang menjadikannya tampak buruk dan hodoh di pandangan manusia. Aduhai.

Hanya mereka yang benar-benar menghargai keindahan Islam dapat merasai nikmatnya berada di bawah bayangan Islam dan al-Quran! Aman!

9 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 01/04/2012, 23:17  

tersenyum sambil bace.. ^^,

sape suruh comment 02/04/2012, 02:10  

ermm.. terjawab jgk kan....
alhamdulillah

Qazfashop 02/04/2012, 09:47  

love it..=)

wni 02/04/2012, 13:23  

terima kasih inchik gabban!
terima kasih inchik gabban!
terima kasih inchik gabban!

terima kasih kerana membuka mata ttg ini.

terima kasih Allah kerana membuka mata hati ini.

alhmdulillah

Miss FF 02/04/2012, 13:24  

suka. SubhanaAllah. Maha Suci Allah setiap persoalan tu ada jawapannya... ayat2 dari al-Quran...

Anonymous 02/04/2012, 21:48  

nak smpan leyh .. nak wat rujukan ..

mamat kapcai 03/04/2012, 02:05  

enche gabana hang memang ohsem, moga aku dapat semangat berjuang mcm hang gak..sgt ensem n ohsem.. :D

Bukan Enonimus 03/04/2012, 18:17  

soalan last tu, saya teringat waktu usrah dgn dak middle east.
jzkk inche Gabbana :D

Anonymous 12/04/2012, 22:50  

Hehe. Satu cra dakwah yg menarik (:

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP