4 November 2012

Riadhah Otak Di Malam Ahad #18

Hari ini saya ingin mengimbau kembali beberapa video osem yang menyertai Pertandingan Video Osem APG 2011 yang lalu. 

Pertandingan ini cukup signifikan dan bermakna buat saya secara peribadinya. Pertamanya kerana langsung tidak saya sangkakan yang pertandingan tersebut menerima sambutan yang cukup memberangsangkan.  Dan keduanya, yang lebih utama, adalah mengapa pertandingan ini dikelolakan pada tempat yang pertama (Baca: In the first place).

Anda yang sudah mengetahuinya bolehlah ke dapur sebentar buat kopi susu panas untuk dicicah dengan biskut kering cap pingpong.

Untuk anda yang masih baru dengan belog ini, pertandingan tersebut telah dianjurkan atas kesedaran kurangnya video-video berkualiti untuk ditayangkan di konferens-konferens riang. Video yang sama diulang tayang berkali-kali. Lebih biskut cap Danone adalah apabila sesetengah video itu memang boleh diakses di TiubAnda, menyebabkan ada hadek-hadek yang sudah pon menontonnya. Peluh kecil.

Maka lahirlah Pertandingan Video Osem APG 2011 bagi menangani masalah ini. Eceh. Bajet la weh! 

Mari kita saksikan beberapa video peberet saya. Sesetengah daripada mereka tidak mendapat undian lima yang tertinggi, tetapi mempunyai tempat yang istimewa di hati. Ok sila jangan kembang. 

Calon-calonnya. Ehem

1) Sebelum dan Selepas


Entah kenapa, saya suka dengan video ini. Jalan ceritanya simpel sahaja. Dan watak-watak atau figura-figura yang digunakan di dalam video ini banyaknya diciplak dari tempat lain. Hohoho.. (Jangan marah ye.. Jelir lidah) Tapi mungkin disebabkan kesimpelannya itulah yang menambat hati saya. Dan saya boleh kaitkan jalan cerita video ini dengan kehidupan saya.

Dan oh, saya suka dengan muzik latar yang digunakannya! Senyum.

2) Best Friend Till Jannah 



Seingat saya, ini antara video terawal yang dihantar. Antara video yang terawal juga berjaya menambat hati saya. Dan antara video terawal yang menggunakan teknik lukis-lukis ni. Kiranya, kalau buat Anugerah Khas Terawal, konfem video ni boleh menang! Wahahaha.. Pandang kiri, pandang kanan. Video ni juga telah berjaya mempopularkan terma 'Best Friend Till Jannah' (BFTJ). Bravo!

3) Gergasi, Perwira dan Penduduk Kampung (Versi suara lelaki jantan!)


Ok ini memang salah satu video peberet saya sepanjang masa. Masa mula-mula saya tengok video ni, seriyes terlopong mulut dalam kekaguman. Kreatif! Dan saya tidak hairan video ini berjaya memenangi tempat ketiga teratas kerana kualitinya yang memang tidak dapat dinafikan lagi! (Wah melambung-lambung saya puji ni!) Saya memang pandang ke hadapan untuk penyertaan anda dalam Pertandingan Video Osem APG 2012!

Ok cukuplah untuk malam ini dahulu. Nanti saya sudah tiada modal pula kalau tayangkan kesemuanya pada malam ini. Gelak sedikit sambil berpeluh kecil. Insha-Allah, masih ada beberapa video peberet yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. 

Alhamdulillah, saya sudah banyak menayangkan video-video penyertaan Pertandingan Video Osem APG 2011 di konferens-konferens riang yang saya menjadi penyampainya. Memang sangat-sangat bermanfaat dan tercapai jugalah hadaf yang telah saya letakkan untuk pertandingan itu. Moga Allah redha!

Jadi tahun ini bagaimana..? Anda sudah teruja untuk menghantar video anda bagi menyertai Pertandingan Video Osem APG 2012..?? Inilah peluang anda untuk beramal dan mengutip saham-saham sorga, di samping berkongsikan kepakaran anda itu untuk kebaikan ummah bersama! 

Ayuh, sebarkan chenta ini! Senyum sampai lenguh pipi.

-gabbana-

Sehingga kini saya masih belum menerima sebarang penyertaan untuk Pertandingan Video Osem APG 2012. Insha-Allah, saya berlapang dada; ramai yang sibuk dengan hekzem dan sebagainya. Dan berdasarkan pengalaman yang lepas dan memahami adat-istiadat orang Melayu ni, selalunya banyak penyertaan akan diterima di saat-saat akhir. Dasar buat kerja di minit terakhir. Wahahaha.. 

Untuk anda yang tidak perasan dengan makluman pertandingan ini sebelum ini, boleh rujuk di tab khas yang saya sediakan di bahagian atas, di bawah banner belog. 

Juga, untuk anda yang punya akaun Pengicau, saya minta jasa baik anda untuk sebarluaskan tentang pertandingan ini dengan menggunakan hastag #VideoOsem2012. Senyum. Moga Allah redha ya!

5 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/11/2012, 22:07  

Awalnya x tahu pun video osem ni anjuran Apg,,sbb bunyi hampir sama dgn Ipg,,so ingtkan student ipg punya anjuran:p,,lgpun br2 juga jumpa blog ni..apa pun,idea menanjurkan pertandingan ni mmg osem:),,selain dapat mencungkil bakat,,org yg share hasil2 mereka sngt berbakti automatik dpt pahala lebih,insyaallah..sbb video2 tersebut dpt membantu para murobbi:D..smga Allah redha dan semoga urusan kita dpermudahkan ..insyaallah mesti nak join pertandingan kali ni..

mata-sepet 05/11/2012, 21:41  

ALL THE BEST to Anonymous :)

Anonymous 05/11/2012, 22:09  

Assalamualaikum..wrt.wbr
Inche Gabbana, blh x sy nk amek video2 itu?...nk kasi kawan2 scr osem..

Inche gabbana 05/11/2012, 22:52  

Sila-sila tambah nasik.

Amat-amatlah dialu-alukan. ;)

Anonymous 09/11/2012, 07:21  

IG, kecik sangat tab nye pon. tak perasan. promotion pon kurang mungkin. sebab tu tak tau ada Pertandingan Video OSEM APG 2012.
besaq kan sket lah tab kat atas tu.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP