5 January 2013

Pertandingan Video Osem APG '12: Hasil Mahsul #3


Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: Kuihbulatbulat
Nama Video: Dakwah Project
Tema: Ikhwah Pakai Jeans (Dakwah tu Kool!)
Sinopsis: Video ini tentang fiqh dakwah, cara-cara untuk kita berdakwah based on surah an-Nahl, ayat 125 dan berdasarkan kitab fiqh dakwah yang saya pelajari.. It's not just about dakwah, but it's about how we want to implement the dakwah based on the guidance from Allah that He state in the Al-Quran Al-Karim, it's about our obligation towards Allah, our amanah to deliver ayatullah towards other insaan.. So that everyone will realize, and they will start running to achieve the reward from Allah and competing to get the most precious reward that is Jannah. (: Dakwah is one of the way for us to contribute in Islam.



Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: Najla
Nama Video: Keindahan Ini
Tema: GangIslam Style!
Sinopsis: Islam bukan sekadar untuk diamalkan ketika di masjid, solat, puasa, zakat, haji. Tapi, Islam itu adaah cara hidup yang mencakupi setiap aspek hidup tanpa batasan waktu dan tempat. Walau di mana kita memandu hendaklah mencerminkan Islam yang kita anuti ini.



Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: syakiraziz
Nama Video: Hadiah
Tema: Penyaksian Ke Atas Kebenaran
Sinopsis: Video ni pasal hidup saya sendiri dimana apa yang saya mintak dekat Allah, Allah tak bagi sampai la satu masa ni, apa yang saya nak tu, Allah bagi 100% seperti saya mintak. Tapi bila apa yang dikehendaki tu hilang, saya jadi tak tentu arah dan pada masa yang sama, saya sedar yang Allah nak tunjuk bahawa, apa yang saya mahukan, tak semestinya apa yang saya perlukan. 



Kategori: BAA
Tukang Buat Video: EpicBros
Nama Video: Enter The Matrix
Sinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama ARODHI yang hidupnya seharian penuh dengan aktiviti yang melalaikan, sehinggalah beliau bertemu dengan seorang pakar motivasi bernama En Mopiyus. Apakah yang membuatkan Arodhi menjadi alpa? Adakah En Morpiyus dapat menyelamatkan beliau? Sila saksikan kesudahannya. :D



Kategori: BAA
Tukang Buat Video: Ulfah Fadwah Production
Nama Video: Kotak
Sinopsis: Filem pendek bertajuk 'Kotak' ini mengetengahkan mesej penting iaitu ujian adalah bukti kecintaan Allah terhadap hambaNya. Filem ini mengisahkan Faris, seorang pelajar yang sepatutnya menyambung pengajiannya ke luar negara terpaksa menyambung pengajiannya ke Miri kerana keputusan peperiksaan A-Levelnya tidak menepati kehendak pihak penaja. Faris tidak dapat menerima qada' dan qadar yang telah ditetapkan untuknya. Di Miri, Faris duduk serumah dengan seorang senior yang bagi Faris seorang yang pelik, tetapi kemudiannya mengajarnya bahawa setiap yang berlaku mempunyai hikmah terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah. Analogi kotak yang digunakan oleh senior Faris menjadi anjakan paradigma untuk dia mengubah cara hidupnya supaya berpandukan syariat Islam. Faris yang dahulunya telah berputus asa mula bangun untuk membina semula impiannya.

Hari ni saya bagi anda tonton lebih sedikit, sebab hari Sabtu. Eheh. Dah sediakan popkon perisa mentega dan air tin berkarbonat bersama..?

Selamat mengosemkan diri dengan video-video osem! Nantikan video-video lain selepas ini!

-gabbana-

Masih ada penyertaan yang belum mem'awam'kan video anda. Harapnya dapat berbuat sedemikian sesegera mungkin, atau saya terpaksa membatalkan penyertaan anda. Harap maklum.

2 Caci Maki Puji Muji:

^^, 05/01/2013, 23:23  

Kalau nak buat video osem 13 lebih awal, Inche Gabanna kena bagi lama sikit masa pertandingan. At least 3 month.

Sekadar cadangan.

;)

Anonymous 06/01/2013, 00:57  

Encik Gabbana kena promo kuat sikit lah. Macam awal2 dulu.

Jangan syok sendiri, ingat sume org akan tahu pertandingan ni kalo EG x promote. Eheh

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP