1 January 2013

Perutusan Tahun Baru


"Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
[Hud, 11:112]

Fastaqim kamaa umirta. Maka tetaplah engkau sebagaimana yang telah diperintahkan.

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah,' kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak (pula) bersedih hati."
[al-Ahqaf, 46:13]

Tsummas taqamu. Kemudian mereka tetap istiqamah.

Kedua-dua kalimah ini - 'Fastaqim kamaa umirta' dan 'Tsummas taqamu' - dikatakan antara penyebab berubannya rambut ar-Rasul SAW.

Di dalam sebuah hadith syamail (hadith yang menerangkan sifat fizikal Nabi), disebut bagaimana ketika baginda wafat, uban di rambut dan janggut baginda tidak melebihi dua puluh helai. TIDAK MELEBIHI DUA PULUH HELAI. 

Uhm uhm.

Sudah nampak permainannya di situ..? Air mata mengalir laju.  

Semoga kita kekal istiqamah mengejar redhaNya untuk tahun dua ribu tiga belas ini. Biidznillah.

-gabbana-

11 Caci Maki Puji Muji:

miza kimbum 02/01/2013, 00:14  

ok,nampak dah,

Anonymous 02/01/2013, 00:33  

tak faham

obaasan 02/01/2013, 00:36  

maaf.. saya kurang faham.. ada siapa2 boleh jelaskan..?
jazakallah..

khaliFah_maahad 02/01/2013, 01:16  

mungkin kena pakai spec (mata hati) baru faham kut~

* tak dapat tangkap makna 20 helai itu cikgu~ :)

the tempo of life 02/01/2013, 05:03  

kadangkala kita alpa, kita leka. terima kasih mengingatkan -__-

Anonymous 02/01/2013, 06:36  

maksudnya, antara sebab uban tumbuh ialah tekanan..tapi walaupun perjuangan Rasulullah sangat sukar,penuh dugaan tapi uban dan janggut tak lebih 20 helai. -Allahu'alam
#try baca link tu mngkin akan lebih nampak kot

Malus domestica 02/01/2013, 07:16  

pertame kali habis bace post APG :)

Anonymous 02/01/2013, 17:31  

Masih cuba memahami.

akhmaq dzalil 02/01/2013, 21:47  

Tak fhm! Tak fhm!

Anonymous 03/01/2013, 03:21  

Hahaha! post pendek pn xfhm? opps kidding..it's so loocoo
and soo seweet sgt. Anyway hepi new 'ear. Tk salah knkn?
Open up yr ears and listen.

Soo glad, my 1st day at work fr this yr hd started with a bang!
Thank you Allah! Plz guide me fr a more wholesome yr ahead'
(doa coolee go-men). Angel pn kena doa utk bejaye donn-eea,
akheerat. Tk baik sour geeteww... bersyukur seadenye!!

akhmaq dzalil 07/01/2013, 18:10  

Okeee~~~
Akhirnya faham setelah mmbaca link yg sblum ini tak ditemui
Tarik nafas dalam2. Mmg sgt susah ye. Harap boleh bg tips2 utk mmudahkn sikit lpas ni.
Klau dah pun tulis, minta link nya ya.

-budak lepas skolah yg kelemasan futur-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP