15 January 2013

#VideoOsem2012: Anda Bertanggungjawab!

Sekadar gambar hiasan, tapi ngeri. Eheh. [Kredit]

Baiklah tanpa melengahkan masa dan terus membuatkan anda tidak keruan (saya difahamkan anda yang berhasrat nak terjun laut Pasifik kerana tidak tahan lagi menanti), dengan ini saya ingin mengumumkan keputusan undian popular untuk Pertandingan Video Osem APG 2012. 

Untuk Kategori ALIF (Klip Video), LIMA video dengan undian tertinggi adalah...

Jeng jeng jeng. 

KAMI The GangIslam Style oleh Rina



Navigator oleh Burung Kecil



Freond: The Loving One oleh Pijah & The Gang 
 


Dakwah Project oleh kuihbulatbulat



Seketul Daging oleh ashabulislam



Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menjadi video yang paling capub! Eh.

Manakala untuk kategori BAA pula, TIGA video dengan undian yang tertinggi adalah:

Dupdap. Dupdap.

Batuk batuk.

Tarik nafas. 

Uhm uhm.

Oyy cepatlah sikit Inche gabbana! Sakit jantung tahu!

Wahahaha.. Seronoknya mempunyai kelebihan sebegini! Gelak keji.

Baiklah. 

Untuk kategori BAA, video-video yang terpilih untuk ke pusingan seterusnya adalah...

CiPiKi CiPiKa oleh ahmadfath


Donut oleh The Syakirah 94


Hidayah oleh Espresso Media



Syabas dan tahniah juga diucapkan! 

Jadi kesemua video-video ini akan melangkah ke pusingan yang seterusnya, di mana mereka akan diadili pula secara professional dan tak berapa nak professional (batuk) yang oleh para juri yang kool lagi bergaya. Eheh.

Dari segi hadiah, saya tak muktamadkan lagi bagaimana nak beri dan susun hadiah. Tapi anda semua tak kisah en..? Masuk pertandingan ni bukan sebab nak hadiah en? Jelir lidah.

Kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih hati apatah lagi terjun gaung secara berjemaah. In Shaa Allah setiap amal anda yang ikhlas keranaNya, akan diterima. Dan sudah tentunya itu jauh lebih berharga daripada memenangi pertandingan video ini bukan..? Kenyit mata. Oh, jagan kechiwa sangat, kerana anda boleh cuba lagi tahun ini! Ohoiii..! 

Saya tidak boleh janji lagi bilakah keputusan akhir akan diumumkan. Yalah, para hakim yang ada masing-masing sibuk dengan komitmen yang sedia ada. Doakan agar Allah permudahkan urusan kami untuk menyegerakan urusan ini! 

Apa-apa pon, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua, yang telah secara langsung atau tidak menjayakan pertandingan ini! Moga Allah redha dan terima amal kita semua! Jazakumullahu khairan katheera jazaa'!

Bagaimana Puan Wardina Safiyyah dan Inche Aiman Azlan? Anda sudah bersedia untuk menggalas amanah ini..?

Stretching, letup-letup jari. 

Bring it on!

-gabbana-

Bersyukur dah selesai satu fasa. Meskipon sedikit kechiwa dengan prospek pertandingan tahun ini berbanding dengan tahun lepas, in shaa Allah saya yakin besar hikmahnya di situ.

Allahu rabbuna yusahhil!

6 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 15/01/2013, 10:50  

Clap3!!! Tahniah encik penganjur kerana sudi menganjurkan pertandingan yg kacak lagi bergaya ni. Dan juga kerana menyediakan hadiah2. Harap2 kacak bergaya juga XD

p/s: sy tak masuk pertandingan pun.sy sekadar rakyat jelata biasa yg tersesat dlm blog APG ni ;)

~ perindu Cinta Illahi ~ (^_^) 15/01/2013, 11:47  

sebenarnya x berapa faham pasal pertandingan ni tapi tiba-tiba rasa teringin juga nk try join..hmm

Naim Sarip 15/01/2013, 11:48  

Suke video CiPiKi CiPiKa.. Teroskan semangat dalam menghasilkan video2 islamik! Yang penting sentiasa tajdid niat!

~ perindu Cinta Illahi ~ (^_^) 15/01/2013, 12:28  

hebat sumenye..terutama cipiki cipika n hidayah expresso..teruskan dakwah anda

Muhammad Nur Fitri 15/01/2013, 14:53  

Alahai...ingat an video Enter The Matrix dapat join top 3...huhu.
erm,,xpe lah..apa2 pon yang layak tu pon sememang nyer best dan layak... (^_^)

Anonymous 15/01/2013, 22:19  

Aufi rasa mcm nak join ah this year punya, teringin gak nk ada experience dan try berdakwah guna medium video niii. Go go The Navigator & Donut! Best best. Lain dr yg lain aufi rasa.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP