13 March 2014

Antara Al-Mulk, MH370 dan Awan Yang Merajuk

Ya, sila pulang semula. Kami semua merindui anda. ;( [Kredit]

Beberapa hari lepas tersebar teori konspirasi yang mendakwa bahawa di dalam al-Quran terkandung beberapa ayat yang mampu untuk menjelaskan tentang misteri kehilangan kapal terbang MH370.

Kononnya disebabkan kejadian itu berlaku pada 8 Mac 2014 jam 2.41 pagi, maka surah yang menjelaskan tentang kejadian itu adalah pada ayat tiga surah al-Anfal (surah ke-8). 

Eh eh. Tapi macam tak kena je. Ayat tiga cerita pasal mendirikan solat. Err.

Ok jangan risau, tidak perlu menggelabah. Cuba kita tengok pula surah ali-Imraan (surah ketiga) ayat lapan.

Err. Garu kepala. Juga seperti tiada kena mengena. 

Ok ok. Jangan nebes. Kita cuba sesuatu yang lebih canggih lagi.

Ha ha! Rasanya surah Yaasiin kot! Sebab surah Yaasiin ada 83 ayat (8 haribulan 3). Ok cuba kita baca dan hayati ayat 41 sehingga 44. Kenapa ayat 41? Sebab kapal terbang itu hilang dari radar pada minit ke-41. 

"Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan,dan Kami ciptakan (juga) untuk mereka (angkutan lain) seperti apa yang mereka kenderai. Dan jika Kami menghendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan, melainkan (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberi kesenangan hidup sampai waktu tertentu."
[Yaassin, 36:41-44]

Voila! Jackpot! Memang betullah al-Quran dah ramal lamalah dah benda ni. Sejak 1,400 tahun yang lalu! Manusia je yang tak nak baca dan hayati! 

Sekejap anda. Uhm kenapa kena baca dan tadabbur sampai ayat 44 ya..? Kenapa tidak kurang atau lebih lagi daripada itu...? 

...

...

...

Shiuhh shiuhhh. Ada rasa tak angin bertiup menampar pipi...? 

Ok anda, saya harap anda bukan salah seorang yang suka dan terlibat dengan teori-teori konspirasi mengarut sebegini. 

Memang benarlah Quran itu diturunkan kepada kita kita dan kita amat perlu menghayatinya dan mengambil pengajaran daripadanya. Tapi bukanlah bermakna kita boleh mentakwilkan mana-mana ayat untuk disesuaikan dengan nafsu dan selera kita. Adeh. Itu mat random namanya!

Anda tahu ayat dan surah mana yang ada bercerita tentang MH370? Dan kali ini ia bukan konspirasi apatah lagi teori-teori budak-budak sekolah tak gosok gigi. Ia benar-benar dalil daripada Quran yang bisa menceritakan apa yang terjadi. Bukan setakat itu, ia juga ada bercerita tentang musibah kemarau yang sedang kita hadapi sekarang ini.

Hebat bukan, dua musibah/bencana yang terkena pada kita sekarang ini dikisahkan dalam satu surah yang sama..? Itu baharu benar-benar kool!

Baiklah. Cuba anda buka al-Quran dan buka surah ke enam puluh tujuh. Oh sebelum itu pastikan anda berwudhu' dahulu tahu...? 

Ha, sekarang surah al-Mulk sudah berada di hadapan mata anda. 

Ok sekarang anda lihat ayat yang kesembilan belas. Apa firman Allah?

"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu."
[al-Mulk, 67:19]

Ok Inche gabbana. Apa kena-mengena ayat ini dengan MH370..?

Apa kena-mengena..? Apa kena-mengena anda bertanya..? Semuanyalah kena-mengena! Anda yang nak kena ni! 

Allah berfirman di dalam ayat kesembilanbelas itu, betapa burung-burung yang berterbangan di langit itu adalah dengan izin dan kekuasaanNya. Allahlah yang menahan sekalian unggas di udara, sehingga membolehkan mereka terbang tinggi membelah awan.

Nah, bukankah kapal terbang itu amat sinonim sekali dengan burung?

Tidakkah kita memerhatikan, betapa sekalian kapal terbang yang meluncur laju di langit biru, membelah gerombolan awan yang menggebu, adalah kerana Allah jua yang menahannya? Tidakkah kita sedar dan mengaku betapa besi-besi yang berterbangan di udara itu tidak lain hanyalah dengan izin dan kekuasaanNya...??

Allah Allah!

Daripada ayat ini Allah mahu kita sedar dan tahu, betapa hebatnya manusia, hebat lagi Allah itu! Betapa tingginya ilmu dan canggihnya teknologi manusia, tinggi lagi ilmu dan hebat lagi kekuasaan Allah Ta'ala! 

Mungkin, hanya mungkin, tragedi MH370 yang menimpa kita ini adalah peringatan dan amaran daripada Allah, bahawa sebagai makhlukNya yang bernama manusia, kita perlu sedar bahawa akhirnya kita hanyalah hambaNya yang lemah dan hina. Mungkin, hanya mungkin, insiden MH370 itu adalah ketukan kuat dan tamparan hebat kepada jiwa dan hati kita, bahawa sesungguhnya selama ini kita amat angkuh dan sombong dengan kemewahan dan pencapaian duniawi kita.

Tidak mustahil bukan...? 

Tunduk malu sambil berlari-lari mendapatkan tisu. 

Kini lihat pula ayat yang terakhir dalam surah al-Mulk itu. Baca perlahan-lahan dan cuba tadabburinya dengan penuh iman.

"Katakanlah, 'Terangkanlah kepadaku, jika sumber airmu menjadi kering, maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?"
[al-Mulk, 67:30] 

Allah Allah!

Belum apa-apa lagi sudah ada habuk masuk mata. Sangat banyak habuk yang masuk mata! 

Allah baharu sahaja uji kita dengan catuan air, kita sudah menggelabah puyuh. Allah baharu sahaja jentik kita dengan kemarau yang tidaklah seteruk mana, kita sudah meroyan meraban. Dan Allah baharu sahaja usik kita dengan hujan yang tak kunjung tiba, kita sudah resah gelisah seolah-olah tiada lagi hari esok untuk kita. 

Geleng kepala.

Mungkin selama ini kita jarang sekali mensyukuri nikmat Allah yang bernama air itu. Seorang mandi tapi seperti mahu memandikan anak gajah. Berwudhu' seolah-seolah mandi wajib. Basuh kereta macam cuci kereta kebal. Siram bunga macamlah taman kita itu sebesar hutan lintang Khatulistiwa!

Suatu hari Nabi SAW melintasi Saad r.a. yang sedang berwudhu'. Lantas baginda menegur Saad.

"Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?" 

Lantas Saad bertanya, "Adakah dalam berwudhu' juga ada istilah berlebih-lebihan?"

"Benar, kendatipon engkau berada di dalam sungai yang mengalir." - Riwayat Ahmad

Perrrgghh pedih pedih!

Bayangkan! Meski berwudhu' dengan air sungai yang mengalir deras itu sekalipon, kita dianjurkan untuk berjimat-cermat! Apatah lagi dalam kehidupan kita sehari-hari!

Nah, Allah lantas menempelak kita, apabila bekalan air kita dipotong, apabila air kita dicatu, apabila empangan-empangan kita mulai surut airnya, tatkala awan-awan merajuk tidak mahu menurunkan hujan, kepada siapa kita bergantung harap? Kepada siapa kita berdoa? Dan kepada siapa kita meminta??

Sekarang kita tahu tinggi rendahnya langit. Sekarang baru kita sedar betapa lemahnya dan kerdilnya kita. Dan sekarang baru kita terpukul, betapa hebat dan berkuasanya Allah! 

Nanges.

Moga Allah turunkan hujan keampunan, untuk menghidupkan semula tanah jiwa-jiwa kita yang sudah terlalu lama gersang. [Kredit]

Oh sebelum saya terlupa. Rasa-rasa andalah, mengapa kedua-dua ayat ini kita jumpa sekaligus di dalam surah al-Mulk? Macam tahu-tahu sahaja mahu beri kita penampar Makcik Hidayah yang percuma. Adeh.

Bagi menambah perisa pada lauk yang sudah cukup pedas, dan garam pada luka yang sudah berdarah, hayati pula ayat ini:

"...Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang labih baik amalnya..."
[al-Mulk, 67:2]


Ya, dalam surah yang sama; surah al-Mulk. Waduh, terasa seperti ditampar kuat seratus lapan puluh darjah bukan...?

Ketahuilah, tiada kebetulan di dalam hidup ini. Apatah lagi kebetulan di dalam al-Quran, kalam Tuhan yang agung itu.

Mungkin rahsianya terletak pada makna al-Mulk itu sendiri; kerajaan. Ya, kerajaan Allah yang Maha Agung dan Hebat itu. 

Untuk memberitahu kita bahawa selama-lamanya kita hanyalah seorang rakyat yang marhaen lagi hina, di dalam kerajaan Allah yang Maha Luas, Hebat dan tiada tandingan itu. 

Sedangkan mahu mencari sebuah kapal terbang pon kita tercungap-cungap... Sedangkan baharu diuji dengan kemarau yang sedikit ini pon kita dah terkulat-kulat...

Lantas siapa kita untuk berlaku bongkak dan sombong...?

-gabbana-  

#PrayforMH370 #Prayfortheummah #Prayforjustice #Prayprayandpray

28 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 13/03/2014, 23:02  

:'(

Azery 13/03/2014, 23:23  

Ini! sungguhlah tepat masanya. benar. Tidak perasan. Al-mulk yg kita kadang selalu baca, tapi tak perasan dengan keadaan sekeliling.

Ini! Ini!

T_T

Wafa' 13/03/2014, 23:29  

Kun fayakun! MashaAllah. Tiada daya upaya melainkan dgn pertolongan Allah.

Tembak doa laju2 shbt2. Jangan hanya air mata shj yg mgalir laju lpas baca post IG ni.

Anonymous 13/03/2014, 23:49  

Salahkah kalau kita nak mentakwilkan surah Yaasin itu dan mengaitkannya dengan MH370? Dah memang tafsirnya ada kaitan dengan kapal terbang. Apa salahnya jika kita mengambil iktibar daripada ayat itu alang-alang kes MH370 ini pun makin rancak. Ayat Al-Quran itu bersifat universal. Ada orang kena jumpa ayat macamni baru dia tersedar, ada orang kena jumpa ayat macamtu baru dia tersentak. Kalau kami tidak boleh mentakwilkan surah Yaasin, kenapa Inche Gabbana boleh pulak mentakwilkan surah al-Mulk?
Sekian, terima kasih.

Inche gabbana 13/03/2014, 23:59  

Enonimos 23:49: Boleh baca di sini:

http://www.mazeermohamad.com/2014/03/penjelasan-sebenar-isu-pesawat-mh370.html

...dan ada banyak lagi sumber-sumber lain yang berhujah bahawa kejadian kehilangan MH370 tu sudah diceritakan di dalam al-Quran adalah tidak tepat dan salah.

Besar bezanya antara takwil dan tadabbur. Apatah lagi takwil dan tafsir.

Allahu a'lam.

Anonymous 14/03/2014, 02:41  

Xperlu mentakwilkn kpd surah sedangkan al quran sudah mengajar kita bencana dtg sama ada utk menguji hambenye atau akibat kemungkaran yg manusia lakukkan. Cume kite sombong utk memahami al quran

Anonymous 14/03/2014, 06:47  

MasyaAllah!!!

nurul85 14/03/2014, 07:07  

Masalahnya mereka mentakwilkan beserta dgn teori nombor.."Cuba tgk kejadian berlaku pd sekian tarikh(nombor), dan tgk kaitan dgn sekian ayat(nombor) pada sekian surah(nmbor). Kan ada kaitan". Teori nombor tu yg x betul. My 2cent

Anonymous 14/03/2014, 09:25  

sila lihat link video ni https://www.facebook.com/photo.php?v=295056170646173... kalau mahir, ada ilmu dan memang ulama' tafsir, silekan...kalau tidak jangan memandai...

Anonymous 14/03/2014, 09:28  

atau jika kamu ape yang kamu sampaikan adalah daripada Ulama' maka silakan

Anonymous 14/03/2014, 14:51  

Suke hati je..

guy67 14/03/2014, 15:42  

kepada enonimus pertama (selepas komen wafa'); zaman nabi mana ada kapal terbang. -_-"

Anonymous 14/03/2014, 16:26  

Saudari, x slh pn utk kta kaitkn tarikh 8/3 dgn ayat Quran. Pndgla positif sbgi slh satu tnda kbesaran Allah. Bknnya pndg sbgi kanak2 kcil tak gosok gg yg saudari katakn td. Semua ayat Quran mmg ada kaitan dgn khidupan manusia bahkn sbgi rujukan antara hbgn manusia bsama Allah, hablum minannaas dan juga alam. Yg pntg pndgn hati kta trhadap sesuatu yg trjadi dan sntiasalah sngka baik dgn Allah.

Anonymous 14/03/2014, 18:14  

segala yg terkandung dlm alquran segala peristiwa adalh telah ,sedang berlaku dan akan berlaku..maha suci Allah

Anonymous 14/03/2014, 19:06  

Sy ada terjumpa 1 perkataan pd pendapat sy kurang tepat disitu. Al-quran bkn ramalan utk sesuatu tetapi wahyu dn petunjuk Allah. Harap shbt dpt tukar ataupun m'gunakan perkataan yg tepat.

Anonymous 14/03/2014, 19:16  

nombor x membawa makna apa2

♥ Nana BamBam ♥ 15/03/2014, 02:51  

kita bukan ahli tafsiran Al-Quran,
maka janganlah kita bersenang-senang dengannya.

Allahu'alam.

Yeen 15/03/2014, 07:07  

Kesedaran untuk semua.. it's nearing.. so near... huhu

farizah farr 15/03/2014, 07:46  

Muhasabah diri..teringat tausiah dr habib semlm..musibah..ujian..dugaan..Allah beri untuk uji tahap keimanan kita..nilaikan dan valuekan di mn tahap iman kita bila berhadapan dengan ujian ini..dan sesungguhnya kembalilah kepada Allah dgn sebenar2nya..terima kasih IG for dis entry..

Anonymous 15/03/2014, 15:08  

Rilek naa IG... Stay cool. And i know u re.

Anonymous 16/03/2014, 00:54  

beza besar takwil dan tadabbur.. sgt jauh.. IG hanya tadabbur surah itu.. bkn takwil. kena faham perbezaan tu.

Anonymous 17/03/2014, 03:06  

Too little learning and too many talk about Islam without a reference of kitab Muktabar, Ye we think we are going to jannah.

1. Siddiq - Benar, sohih,
2. Amanah - tidak bersalahan, ada bukti
3. Tabligh - menyampaikan
4. Fathonah - bijaksana

Anonymous 17/03/2014, 03:16  

Kepada yang menafsirkan atau mentakwilkan ayat2 al Quran ketahuilah kamu...ayat-ayat al- Quran merupakan Kalamullah yang suci...para ulama menghabiskan masa mereka mempelajari cara-cara untuk memahami menafsir al-Quran..bukan hanya membaca makna..untuk menafsir ayat al-quran perlulah anda ketahui ada 15 ilmu perlu anda kuasai sebelum memahami ayat menafsirkan ayat tersebut...perlulah anda ketahui sekiranya anda menafsirkan ayat al Quran sesuka hati anda dengan menggunakan hanya akal logik anda...anda sudah menempatkan diri ke neraka...para ulama bertahun2 untuk menulis taksir dan membukukan kitab2 tafsir.janganlah kita menjadi seorang yg berlagak pandai...jangan keran ego dan berlagak pandai kita telah membinasakan akidah dan diri kita...bergurulah dengan guru murshid berpandukan kitab-kitab muktabar...sy memohon maaf andai tulisan ini membuat anda terasa hati...

Anonymous 18/03/2014, 00:39  

"Tanjung Kupang surah mana?", Ustaz Heryanto, TV Alhijrah

Unknown 19/03/2014, 14:48  

. .sahabt saya enonimius . .

maap mencelah. you know wat, mentadabbur dan mengambil iktibar dari ayat berbeza dengan mentakwil dan mengaitkan maksud.

mentadabbur tu kita mengambil i'tibar dan pengajaran dari ayat.itu adalah apa yang disuruh Allah.

tetapi, mentakwil itu lebih kepada memberi makna memperjelaskan maksud dan tujuan ayat itu diturunkan. .

saya bagi contoh mudah: mak Ali cakap " t lepas balik sekolah,terus ke kedai pak mat ". Selepas balik dari sekolah,Ali tidak terus ke kedai pakmat sebab jauh. jadi dia ke kedai cik limah yg lebih dekat. dia mentakwilkan maksud mak nya bahawa tujuan sebenar suruhan mak dia adalah ke kedai. tak kisah kedai mana.sedangkan, mak nya sedang tunggu di kedai pakmat

nampak tak?

menakwilkan cakap dan ayat manusia sesuka hati pun telah besa kesannya.

inikanpula kita sesuaka hati jadi tukang 'terjemah untuk Allah!" . . .kata kita " . .owh,,aku tahu ayat dalam surah ni. Ni Allah nak bagitahu pasal bla . . bla . .".

nampak macam hebatkan ?

tapi kesannya besar. sebab tu,,ulama sangat berhati hati dalam menakwilkan ayat. mesti ada sandaran dalil yg kuat.

jom lihat bagaimana nak mebtadabbur ayat mak ali tadi.

kita bleh fahan yg mak ali seorang yg berahsia kerana x bagitahu sebab apa ali perlu ke sana. kita juga bleh faham yang ali perlu ikut arahan maknya selagi ia bukan maksiat. .

maap.sebab panjang . . kene tanya yg lebih alim kalau nak faham lebih

Unknown 19/03/2014, 14:53  

. .sahabt saya enonimius . .

maap mencelah. you know wat, mentadabbur dan mengambil iktibar dari ayat berbeza dengan mentakwil dan mengaitkan maksud.

mentadabbur tu kita mengambil i'tibar dan pengajaran dari ayat.itu adalah apa yang disuruh Allah.

tetapi, mentakwil itu lebih kepada memberi makna memperjelaskan maksud dan tujuan ayat itu diturunkan. .

saya bagi contoh mudah: mak Ali cakap " t lepas balik sekolah,terus ke kedai pak mat ". Selepas balik dari sekolah,Ali tidak terus ke kedai pakmat sebab jauh. jadi dia ke kedai cik limah yg lebih dekat. dia mentakwilkan maksud mak nya bahawa tujuan sebenar suruhan mak dia adalah ke kedai. tak kisah kedai mana.sedangkan, mak nya sedang tunggu di kedai pakmat

nampak tak?

menakwilkan cakap dan ayat manusia sesuka hati pun telah besa kesannya.

inikanpula kita sesuaka hati jadi tukang 'terjemah untuk Allah!" . . .kata kita " . .owh,,aku tahu ayat dalam surah ni. Ni Allah nak bagitahu pasal bla . . bla . .".

nampak macam hebatkan ?

tapi kesannya besar. sebab tu,,ulama sangat berhati hati dalam menakwilkan ayat. mesti ada sandaran dalil yg kuat.

jom lihat bagaimana nak mebtadabbur ayat mak ali tadi.

kita bleh fahan yg mak ali seorang yg berahsia kerana x bagitahu sebab apa ali perlu ke sana. kita juga bleh faham yang ali perlu ikut arahan maknya selagi ia bukan maksiat. .

maap.sebab panjang . . kene tanya yg lebih alim kalau nak faham lebih

Anonymous 25/03/2014, 08:48  

Surah At-Taubah Ayat 109 : Terjemahan “Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Di situ disebutkan keruntuhan sebuah bangunan karena yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalim.....juzuk ke 11 bagi 11 haribulan...surah ke 9 bagi bulan 9...ayat ke 109 bagi tingkatnya yang mempunyai 109...ini lah peristiwa penghancuran wtc di new york akibat pelanggaran pesawat......ayat nya memang tepat dengan kejadian yang berlaku termasuk nama jalan nya ada disebut dalam alquran sebagai 'jefh har'..dari pemikiran sy yg kerdil ini minta lah pendapat sahat semua...time kasih :)

Anonymous 28/12/2014, 19:25  

sorry. sy tak pandai sgt bab agama ni IG. tp sy rasa mcm tak kena skit IG post ni. sbb al quran ni benda besar, klau bdak2 sek yg tak fikir panjang baca, tgok ni. dia terus amik benda ni. nt terikut2. yakin2 ckp no surah ni kait dgn benda ni. bahaya tuu. sorryy.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP